|
|
Jangan lupa untuk membersihkan terlebih dahulu fail tersebut. Jangan pula ada kertas atau lipas yang berterbangan apabila anda mengeluarkan dokumen di depan penemuduga! |
§ Nama penuh syarikat, nama dan jawatan penemuduga (jika ada) dan nombor untuk dihubungi.
§ Alamat penuh syarikat dan jabatan, atau bangunan di mana temuduga akan berlangsung.
§ Peta lokasi atau penunjuk arah jika anda kurang arif dengan tempat tersebut. Anda boleh mendapatkannya dari syarikat berkenaan. Mereka biasanya mempunyai peta lokasi yang boleh diemel atau anda boleh diberitahu melalui telefon. Anda juga boleh mendapatkan peta dari internet seperti Google Maps. Jika bercadang menggunakan kenderaan awam, pastikan anda tahu yang mana paling efisyen digunakan untuk ke tempat tersebut.
§ Sekiranya anda memandu, maklumat di mana anda boleh meletak kenderaan (parking).
§ Beberapa salinan resume. Walaupun anda telah menghantar satu salinan kepada syarikat, anda mungkin perlu memberikannya sekali lagi kepada (para) penemuduga. Jadi bawa minimum 3 salinan resume.
§ Sijil - sijil yang berkaitan seperti transkrip, sijil persekolahan, sijil ko-kurikulum, sijil penghargaan dsbnya. Jangan lupa membawa salinannya juga (minimum 1salinan).
§ Masukkan juga surat penghargaan, ...
|