|

Cari Kerja 
Pengenalan Resume

Contoh Resume

Format Resume

Word Power

Kuiz Resume

Tips Temuduga

Soalan Temuduga

Lepasan Ijazah

Pengalaman Temuduga

Kuiz Temuduga

Ebook Temuduga

Khidmat Pakar

Bayaran

Roselin

Hubungi AKI

Artikel

Relaks jap...

Kasut oh kasut!
Lihat mengapa kasut
sukan dipilih untuk menghiasi website AKI


|
|
Asas Rundingan Gaji (Basics of Salary Negotiation)
Saya pelik melihat ramai yang kurang bersedia apabila merundingkan gaji di meja temuduga. Aspek temuduga yang lain boleh buat persediaan penuh, tapi bila tiba tang gaji, kantoi. Diserahnya bulat - bulat pada penemuduga, mengharapkan penemuduga yang akan putuskan amaun gaji terbaik. Bukankah anda yang lebih berhak berbuat demikian?
Tahukah anda, gaji yang diputuskan semasa temuduga akan memberikan kesan yang mendalam kepada hidup anda untuk tahun - tahun yang akan mendatang?
|
Ingat!
Kegagalan untuk merundingkan gaji dengan baik di meja temuduga bukan sahaja akan merendahkan basic salary anda, tetapi merendahkan pendapatan anda yang lain selama bekerja di syarikat tersebut. Contohnya caruman EPF, kenaikan gaji (increment), bonus, allowance, syer, insurans, dsbnya yang ditentukan berasaskan gaji pokok. |
Ini membawa kepada kehilangan puluhan atau ratusan ribu ringgit dalam perjalanan kerjaya anda. Rugi tak? Ha... tau pun.
Perkara yang anda perlu tahu
Untuk permulaan, anda perlu menentukan atau memutuskan 3 perkara berikut:
- Perbelanjaan hidup sebulan - pendapatan minimum yang anda perlukan untuk meneruskan hidup. Bermaksud pendapatan yang anda perlukan untuk membayar sewa/ ansuran rumah, bil - bil, ansuran kereta, petrol, perbelanjaan dapur, pakaian dsbnya - iaitu keperluan wajib anda. Adalah penting untuk mengetahui jumlah sebenar yang perlukan untuk perkara - perkara tersebut setiap bulan. Untuk pengiraan yang lebih tepat, dapatkan rekod perbelanjaan selama 12 bulan. Tambahkan jumlah setiap kategori secara berasingan, dan kemudian tambahkan jumlah kesemua kategori untuk mendapatkan jumlah besar. Bahagikan dengan 12 untuk mendapatkan perbelanjaan bulanan anda. Jumlah ini tidak termasuk perbelanjaan untuk menunjuk - nunjuk atau bermewah - mewah ye?
- Nilai semasa anda - apa tu? Untuk mendapatkan nilai ini, anda perlu buat carian untuk pendapatan individu berdasarkan jawatan, pangkat, pengalaman, kemahiran, kelayakan, industri, lokasi dan keadaan ekonomi semasa.
- Gaji tertinggi - berdasarkan jawatan, pangkat, pengalaman, kemahiran, kelayakan, industri, lokasi dan keadaan ekonomi semasa, apakah jumlah tertinggi yang akan membuatkan anda teruja untuk bangun pagi dan menyiapkan diri ke pejabat setiap hari.
|
Ingat!
Lokasi adalah antara faktor penting dalam skala gaji (swasta). Sesetengah lokasi mempunyai kos sara hidup yang lebih tinggi atau kebih rendah berbanding tempat lain. Contohnya, kos sara hidup di Kuala Lumpur mungkin jauh lebih tinggi berbanding di Batu Berendam. Skala gaji mungkin berbeza untuk dua individu yang mempunyai latarbelakang kerjaya yang sama di kedua tempat tersebut. |
Setelah anda menentukan 3 jumlah di atas (perbelanjaan hidup sebulan, nilai semasa anda, dan gaji tertinggi), anda boleh ketepikan jumlah yang pertama, iaitu perbelanjaan hidup sebulan. Jangan salah anggap ye? Bila anda disuruh ketepikan jumlah tersebut, bukan bemakna ia tidak penting. Malah, ia merupakan yang terpenting antara ketiga - tiga kategori kerana kehidupan anda yang normal bergantung kepadanya. Tapi jumlah tersebut tidak akan anda gunakan apabila merundingkan gaji dengan bakal majikan. Jumlah tersebut hanya untuk pengetahuan dan manfaat anda sahaja.
Dua kategori yang seterusnya memerlukan sedikit carian dan penyelidikan latar belakang. Internet, agensi pekerjaan dan surat khabar adalah antara sumber yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda telah membuat carian dengan menyeluruh, anda sepatutnya mendapat gambaran yang jelas mengenai nilai pasaran sekarang untuk jawatan tersebut, dan gaji tertinggi yang boleh ditawarkan untuk individu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang maksima (top level). Titik permulaan untuk rundingan gaji ada di antara kedua amaun tersebut.
|
Contohnya, jika anda telah memutuskan bahawa nilai semasa anda adalah RM2000 sebulan (berdasarkan kelayakan dan kepakaran anda), dan gaji tertinggi untuk seseorang yang paling berpengalaman bagi jawatan yang sama adalah RM3500, antara kedua jumlah tersebut adalah lingkungan gaji yang boleh anda rundingkan. |
Secara amnya, lebih mudah untuk merundingkan gaji dari jumlah yang tinggi ke rendah, berbanding rendah ke tinggi. Jarang ada bakal majikan yang menawarkan lebih dari yang anda mahu. Oleh itu, mulakan dengan amaun tertinggi yang boleh anda minta berdasarkan perenggan di atas. Dengan cara ini, anda dapat memastikan dua perkara: 1) rundingan gaji anda tidak terbabas jauh dari lingkungan yang boleh diterima bakal majikan, dan 2) rundingan gaji anda tidak jatuh di bawah nilai semasa anda - atau lebih teruk, di bawah perbelanjaan hidup sebulan!
Dengan maklumat berikut (perbelanjaan hidup sebulan, nilai semasa anda, gaji tertinggi), dan pemahaman tentang proses rundingan gaji, diharap anda akan lebih bersedia.
...Kembali
AKI © Copyright 2009 - 2010 Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

|
|