Cari Kerja
  Pengenalan Resume

  Contoh Resume

  Format Resume

  Word Power

  Kuiz Resume

  Tips Temuduga

  Soalan Temuduga

  Lepasan Ijazah

  Pengalaman   Temuduga

  Kuiz Temuduga

  Ebook Temuduga

  Khidmat Pakar

  Bayaran

  Roselin

  Hubungi AKI

  Artikel

  Relaks jap...

  Kasut oh kasut!

 Lihat mengapa kasut
  sukan
dipilih untuk   menghiasi website   AKI

      cari kerja graphic




Graduan Jangan Terlalu Memilih Pekerjaan

Mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga adalah harapan setiap graduan yang baru menamatkan pengajian.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka akan bernasib baik kerana persaingan yang sengit dalam pasaran masa kini.  Sehubungan itu, graduan seharusnya menukar minda mereka (change of mindset) dan tidak memilih pekerjaan.  

Dalam mendapatkan pekerjaan, graduan tidak patut berfikir untuk memilih pekerjaan mengikut bidang kursus yang dipelajari semasa di universiti atau hanya mahukan jawatan yang diminati sahaja.  Sikap begini hanya akan merugikan graduan.

Ingat! 

Ijazah hanyalah sekeping kertas yang akan melayakkan anda untuk memohon pekerjaan dan bukannya melayakkan untuk mendapatkan pekerjaan.

 

Kebanyakan graduan lepasan IPT sekarang hanya boleh berbangga dengan sekeping diploma atau ijazah, tetapi hakikatnya mereka masih mundur.  Pengajian yang mereka perolehi dari IPT seolah - olah tidak berguna langsung.  Mentaliti mereka  - apabila tamat sahaja pengajian, kerjaya impian sedang menanti dengan gaji yang lumayan, diikuti dengan kesenangan hidup yang akan dikecapi.

Graduan sepatutnya lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yang memerlukan pengorbanan tenaga dan masa.  Tidak ada alasan untuk tidak mahu bekerja lebih masa  atau di luar pejabat.  Bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian.  Mereka juga harus mengetahui bagaimana cara untuk mencipta ruang - ruang baru dalam bidang pekerjaan.

Selain itu, ramai graduan menganggur sebenarnya takut untuk memasuki pasaran kerja swata kerana mereka tahu kelemahan diri sendiri.  Kelemahan apa tu? Apa lagi.. tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.  Ada sedikit tips diberi untuk membantu anda di dalam hal tersebut di tips temuduga.  Sila manfaatkan. 

Graduan perlulah mengukur baju di badan sendiri dan mengakui setakat mana sebenarnya kebolehan mereka.  Tanpa kemahiran dan pengetahuan  selain dari apa yang dipelajari, jangan harap anda akan mudah diterima bekerja di sektor kerajaan atau swasta. 

Saingan hebat masa kini di pasaran buruh sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur.  Hal ini kerana masih ramai yang tidak mengambil serius dalam menyediakan diri mereka memasuki alam pekerjaan.  Sikap malas untuk menilai diri sendiri dan malas untuk menambah baik prestasi diri sendiri mengakibatkan mereka menemui kegagalan setiap kali temuduga. 

Semasa ada masa terluang sementara mendapat pekerjaan, graduan harus melengkapkan resume mereka dengan selengkap yang mungkin. Banyakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan lebihkan berinteraksi dengan orang di sekeliling, sebaiknya dalam bahasa Inggeris di mana mungkin.  Tujuannya adalah untuk mendapatkan keyakinan diri dan tidak takut untuk menghadapi temuduga.   

Adalah tidak benar sama sekali bahawa tiada pekerjaan yang ditawarkan kepada graduan muda.  Sekiranya seseorang itu berkebolehan dan bersifat mahu belajar, banyak peluang pekerjaan yang sedang menanti.

Oleh itu, rebutlah peluang dan carilah pengalaman yang bakal memberi manfaat kepada diri sendiri.

 

 

 



...Kembali  

 

 

AKI © Copyright 2009 - 2010 Panduan Kerjaya Anda

Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

cari kerja image