Kuiz Resume - Jawapan dan huraian
Sekiranya anda tba di laman ini tanpa menjawab soalan kuiz resume terlebih dahulu, sila ke Kuiz Resume - dan lihat pencapaian anda!
Soalan 1: Resume adalah ...
A) sebuah autobiografi tentang kerjaya seseorang dan digunakan untuk mendapat tawaran kerja.
...tidak tepat; atas dua sebab; 1) Resume tidak boleh menjamin anda akan mendapat kerja. Tujuan utama resume adalah untuk mendapatkan panggilan temuduga sahaja, dan 2) Anda tidak perlu menceritakan autobiografi perjalanan kerjaya anda dalam resume. Bakal majikan lebih berminat untuk mengetahui pencapaian anda dalam bidang yang berkaitan sahaja dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru. Oleh itu, resume perlu ditulis dari sudut pandangan pembaca (bakal majikan), dan bukan penulis (calon).
B) sebuah senarai lengkap mengenai skil, pengalaman, tugasan dan pencapaian calon yang berkaitan dengan syarikat dan jawatan kosong yang ingin dipohon.
...jawapan terbaik. Apabila menulis resume, fokus perlu diberikan kepada skil, pengalaman, tanggungjawab dan pencapaian yang paling releven dengan syarikat dan jawatan yang dipohon. Inilah ciri resume yang akan mendapatkan panggilan temuduga.
C) sebuah senarai lengkap mengenai pendidikan, pengalaman kerja dan kursus latihan yang pernah dihadiri calon
...tidak tepat: Walaupun nampak macam betul, senarai lengkap segala maklumat kerjaya yang mungkin tidak berkaitan dengan syarikat atau jawatan yang dipohon adalah tidak bermakna untuk bakal majikan anda. Malah, bakal majikan lebih berminat kepada maklumat kerjaya anda yang lebih terkini (lingkungan 5 hingga 10 tahun terkini). Contohnya, walaupun pengalaman dan pencapaian kerjaya anda pada tahun 1995 adalah sangat membanggakan, ia mungkin tidak bernilai untuk pasaran sekarang.
Soalan 2: Resume bertujuan untuk...
A) menekankan kelayakan seorang calon untuk sebuah jawatan dan seterusnya menjamin panggilan temuduga.
...jawapan terbaik. Tujuan utama resume adalah menarik minat pembaca(bakal majikan) untuk memanggil calon ke temuduga. Untuk itu, resume mestilah mempamirkan kelayakan seorang calon untuk jawatan yang dipohon.
B) menekankan kelayakan seorang calon untuk mendapat tawaran kerja.
...tidak tepat: Resume sahaja, tidak cukup untuk menjamin peluang kerjaya. Resume hanya boleh mendapatkan anda peluang temuduga.
C) menekankan kelayakan seorang calon untuk sebuah jawatan dan seterusnya menandingi saingan yang lain.
....tidak tepat: Walaupun boleh membantu, resume sahaja tidak cukup untuk menandingi saingan yang lain. Skil temuduga yang baik lebih penting untuk tujuan tersebut.
Soalan 3: Panjang sebuah resume mestilah...
A) 1 mukasurat sahaja.
...tidak tepat: Walaupun 1 mukasurat adalah memadai untuk sesetengah calon, ia tidak sesuai untuk semua. Bagi yang memerlukan dua muka surat untuk menyatakan pengalaman dan pencapaian kerjaya mereka, menghadkannya kepada satu mukasurat akan merendahkan kualiti, kebolehbacaan dan keefektifan resume tersebut.
B) 2 mukasurat sahaja.
...tidak tepat : Walaupun 2 mukasurat adalah memadai untuk sesetengah calon, ia tidak sesuai untuk semua. Bagi yang memerlukan 1 mukasurat sahaja, atau yang memerlukan lebih dari 2 mukasurat untuk maklumat yang lebih ekstensif berdasarkan pengalaman dan pencapaian kerjaya, menghadkan resume kepada 2 mukasurat adalah pilihan yang kurang bijak.
C) mengikut pengalaman calon.
...jawapan terbaik. Panduan untuk panjang resume adalah seperti berikut: 1) mempunyai semua maklumat yang berkaitan dan berguna untuk syarikat dan jawatan yang dipohon 2) baca semula sebab pertama.
Ingat! pembaca (bakal majikan) tidak akan membaca resume anda sepenuhnya semasa proses menyaring resume. Malah, kebanyakan resume hanya dibaca sekali lalu dalam masa 15 saat, atau kurang. Lagi panjang resume, lagi pendek masa yang diperuntukkan. Oleh itu, jangan pandai - pandai nak memanjangkan resume anda kerana hal ini menyebabkan resume anda dibaca secara 'lompat lompat'. Hargai masa pembaca, supaya mereka menghargai resume anda.
Soalan 4: Maklumat yang tidak kurang pentingnya dalam resume saya adalah...
A) pengalaman kerja (work experience) dan pendidikan (education)
...tidak tepat: Walaupun maklumat ini penting, bakal majikan mestilah tahu cara menghubungi anda untuk sesi temuduga.
B) nombor telefon untuk menghubungi saya
...jawapan terbaik. Mungkin nampak macam trick question, tetapi realitinya ratusan resume dihantar setiap hari dengan maklumat nombor hubungan yang salah, tidak mencukupi atau tidak jelas. Sudahnya, walaupun bakal majikan tertarik dengan persembahan resume anda, anda tetap tidak akan menerima panggilan temuduga. Rugi kan?
C) pencapaian kerjaya (work achievements)
...tidak tepat: Walaupun maklumat ini penting, bakal majikan mestilah tahu cara menghubungi anda untuk sesi temuduga.
Soalan 5: Saya boleh tokok tambah sikit dalam resume saya apabila...
A) saya menulis mengenai jawatan yang pernah saya pegang awal - awal dulu, supaya semua pengalaman saya nampak relevan dengan jawatan kosong yang saya nak pohon sekarang.
...salah: apa juga jenis penipuan dalam resume boleh menghapuskan peluang calon untuk mendapatkan sesebuah jawatan, atau menyebabkan anda diberhentikan kerja sekiranya tawaran sudahpun dibuat.
B) saya tak habis degree lagi sebab fail beberapa subjek - jawatan ni mesti ada kelayakan ijazah. Tak pe kot, kalau saya letak dah complete.
...salah: apa juga jenis penipuan dalam resume boleh menghapuskan peluang calon untuk mendapatkan sesebuah jawatan, atau menyebabkan mereka diberhentikan kerja sekiranya tawaran sudahpun dibuat.
Pendek kata : Jangan menipu. Tak berbaloi langsung!
C) saya memang tidak boleh menokok nambah atau menipu dalam resume
...jawapan terbaik.
Soalan 6 : Apabila menulis resume, perkara yang paling utama dalam pertimbangan saya adalah...
A) siapa yang akan membaca resume saya.
...jawapan terbaik. Apabila menulis sesuatu, fokus harus diberikan kepada siapa yang akan membaca dokumen tersebut. Dalam hal resume, individu tersebut adalah bakal majikan atau HR. Menulis resume mengikut kehendak dan priority mereka akan membuahkan hasil yang anda ingini - panggilan temuduga.
B) memberi keutamaan kepada kemahiran, pengalaman, dan pencapaian saya.
...tidak tepat: Walaupun kriteria - kriteria tersebut adalah penting dan kritikal untuk penulisan resume, tanpa pemfokusan kepada pembaca (bakal majikan), iaitu memasukkan maklumat yang mereka paling ingini dari calon, adalah sukar untuk anda mengagak yang mana satu kemahiran, pengalaman dan pencapaian yang paling releven.
C) kebolehbacaan (readability) resume saya.
...tidak tepat: Walaupun format resume adalah penting, memahami siapa yang akan membaca resume tersebut dan apa maklumat yang mereka paling ingini, adalah perkara paling utama perlu dipertimbangkan.
Soalan 7 : Dalam proses penghantaran resume kepada agensi pekerjaan, saya perlu memastikan bahawa...
A) saya menghantar resume saya dalam dua format, MS Word dan PDF.
...tidak tepat: Walaupun adalah baik untuk menghantar resume dalam beberapa format, anda hanya perlu berbuat demikian sekiranya dikehendaki.
B) saya mematuhi segala arahan yang diberikan dengan terperinci.
...jawapan terbaik. Iklan kerja akan menyatakan format (MS Word atau PDF) dan cara penghantaran (e-mail, fax atau pos) yang dikehendaki. Contohnya, kalau sudah terang - terang dinyatakan bahawa calon diminta emailkan resume untuk pemprosesan yang lebih cepat, gunakan kaedah tersebut dahulu. Kegagalan untuk mematuhi arahan yang diberikan boleh menyebabkan kelewatan atau ketidak sampaian dokumen anda pada masa yang dingini.
C) saya mendapatkan nama pegawai yang akan menjalankan temuduga.
...tidak tepat: Strategi ini mungkin berguna dalam proses temuduga, bukan semasa penghantaran resume.
Soalan 8 : Apabila menyatakan pengalaman kerja...
A) nyatakan pengalaman kerja di kesemua sepuluh syarikat yang pernah anda kerja sebelum ini.
...tidak tepat, atas dua sebab: 1) Mungkin tidak semua pengalaman kerja anda dalam masa sepuluh tahu tersebut releven dengan jawatan sekarang, dan 2) Majikan mungkin akan meragui tahap kesetiaan anda kepada syarikat kerana kerap bertukar kerja.
B) hadkan kepada tiga yang terakhir
...jawapan terbaik. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda jenis yang suka job hopping (bertukar - tukar kerja).
C) jangan terlalu jujur.
...salah: rujuk Soalan 5
Soalan 9: Sekiranya gaji yang dikehendaki (expected salary) diminta dalam iklan jawatan, saya patut...
A) menyatakan gaji yang saya kehendaki secara spesifik dalam resume.
...tidak tepat: Jika anda menyatakan gaji yang spesifik dalam resume, anda akan mengurangkan peluang untuk merundingkan semula gaji dalam proses temuduga.
B) jangan pedulikan. Isu gaji hanya patut dibincangkan semasa temuduga.
...salah: Memang tidak dapat disangkal, isu gaji paling baik dibincangkan dalam proses temuduga, di mana calon akan didedahkan dengan tugasan dalam kriteria jawatan, dan pada masa yang sama dapat mengaitkan kemahiran dan pengalaman sendiri untuk jawatan tersebut. Tetapi jika gaji memang terang - terang diminta dalam iklan jawatan, kegagalan berbuat demikian akan memberi tangggapan bahawa anda seorang yang tidak mematuhi arahan, atau memberi tangggapan bahawa gaji yang anda kehendaki mungkin tidak berpatutan dan tidak boleh dirunding.
C) menyatakan lingkungan gaji yang saya ingini atau menggunakan terma negotiable dalam resume.
...jawapan terbaik. Menyatakan lingkungan gaji atau menggunakan terma 'negotiable' menggambarkan bahawa gaji yang dikehendaki masih boleh dirundingkan. Adalah dinasihatkan anda membuat sedikit survey tentang tangga gaji untuk jawatan, industri dan lokasi kerja tersebut sebelum memohon.
Soalan 10: Maklumat peribadi yang perlu dinyatakan dalam resume adalah...
A) nama, nombor IC dan nombor telefon.
...jawapan terbaik. Adalah penting untuk bakal majikan mengetahui siapa anda (nama) dan bagaimana menghubungi anda.
B) nama, nombor IC, nombor untuk dihubungi dan tarikh lahir.
...tidak tepat: Maklumat tarikh lahir boleh diperolehi dari nombor IC baru anda. Jangan mengulangi maklumat yang tidak penting dalam resume. Jimatkan ruang untuk perkara lain yang lebih penting.
C) nama, nombor IC, nombor untuk dihubungi, tarikh lahir dan jumlah tanggungan.
...tidak tepat: Jumlah tanggungan tidak semestinya dinyatakan dalam resume. Anda boleh berkongsi maklumat ini dengan penemuduga sekiranya diperlukan kelak.
Soalan 11: Sebelum memasukkan maklumat rujukan, saya mestilah...
A) mencari nama rujukan dari resume kawan.
...salah: Rujukan mungkin akan dihubungi oleh bakal majikan. Pastikan rujukan tersebut mengenali anda, bukan kawan anda ye?
B) memastikan rujukan tersebut masih bekerja.
...tidak tepat: Tidak semestinya. Seorang pesara juga boleh menjadi rujukan anda.
C) meminta izin.
...jawapan terbaik. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.
Soalan 12: Mendaftar dengan agensi pekerjaan online di Malaysia seperti Jobstreet memungkinkan resuma saya diakses oleh:
A) sesiapa sahaja yang menggunakan website tersebut.
...salah: Rata - rata agensi pekerjaan online mempunyai ciri - ciri keselamatan dan privasi yang baik. Pendaftaran, nama login dan password diperlukan untuk mengakses database resume kepunyaan syarikat. Selain itu, sesebuah syarikat biasanya akan mengkhaskan kakitangan tertentu untuk tujuan tersebut.
Anda juga sebagai pengguna, buatlah pilihan yang bijak.
B) bakal majikan yang telah saya mohon kerja sahaja.
...tidak tepat: Sila baca jawapan C) dibawah.
C) mana - mana bakal majikan, termasuk majikan saya sekarang.
...jawapan terbaik. Apabila anda memohon kerja online, anda membenarkan semua bakal majikan mendapat akses kepada resume anda, termasuk majikan sekarang.
Ada juga agensi pekerjaan online yang memberi pilihan untuk tahap visibility resume anda. Jobstreet misalnya, memberikan pilihan samada anda mahukan resume anda dibuka untuk carian atau hanya boleh diakses oleh majikan yang telah anda mohon kerja sahaja.
Sedia untuk kuiz yang seterusnya? Cuba Kuiz Temuduga
AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

|