Sekiranya anda tiba di laman ini tanpa menjawab soalan kuiz temuduga terlebih dahulu, sila ke Kuiz Temuduga - dan lihat pencapaian anda!
Soalan 1: Why are you the best person for this job?
A "I've held a lot of positions like this one, and that experience will help me here."
...salah: Menggambarkan bahawa anda yang kerap bertukar kerja dan tidak setia kepada syarikat.
Menggunakan perkataan 'experience' adalah baik semasa menjawab soalan ini, tetapi, 'a lot of jobs' tidak.
B "Because I am good at what I do"
...salah: Jawapan ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan tetapi ia masih terlalu umum. Anda sepatutnya menyokong kenyataan anda dengan contoh yang kukuh.
Jawapan sebegini juga mungkin berbunyi over confident untuk sesetengah penemuduga.
C "Our discussion here leads me to believe this is a good palace to work."
...tidak tepat: Kenyataan yang memuji, tetapi kedengaran seperti memihak kepada anda. Pastikan jawapan anda adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat.
D "You need someone who can produce results, and my background and experience are proof of my ability. For example..."
...jawapan terbaik . Memberikan sebab dan menyokong kenyataan tersebut dengan fakta adalah taktik menjawab terbaik menjawab soalan ini. Soalan 2: Jika ditanya soalan seperti : Are you creative? Are you analytical? Can you work under pressure? etc. Apakah cara terbaik untuk menjawab?
A Answer yes or no
...tidak tepat: Jawapan tergantung selalunya akan dianggap tidak meyakinkan.
B Answer yes and give a specific example
...jawapan terbaik. Penjelasan yang ringkas dan spesifik akan menyokong jawapan anda. Juga menunjukkan bahawa anda dalam keadaan yang bersedia dan berkeyakinan.
C Answer you are not sure
....salah: Menggambarkan anda seorang yang tidak berkeyakinan. Soalan 3: Describe yourself.
A Outline personal data, hobbies, and interests.
...salah: Penemuduga tidak berminat dengan maklumat peribadi dan kegiatan masa lapang anda.
B Give an overview of your personality and work habits.
...tidak tepat: Penerangan yang umum (overview) tidak akan menonjolkan diri anda berbanding pesaing yang lain. Jawapan anda mestilah meninggalkan impak dan meyakinkan.
C Give three specific examples of your personality traits and accomplishments.
...jawapan terbaik . Memberi contoh keperibadian yang spesifik beserta pencapaian membuktikan keupayaan anda secara peribadi. Ia juga memberikan kesan positif dan mengangkat imej anda berbanding pesaing yang lain. Soalan 4: Why are you in the job market?
A "I have invested a great deal of time with my company and become disenchanted with the way things are done."
...salah: Berbunyi seperti anda menyalahkan majikan anda sekarang. Temuduga bukan masa untuk anda mengadu dumba. Pamirkan perwatakan sepositif yang boleh.
B "I have a solid plan for my career. Within that plan I am looking for additional responsibility and more room for growth."
...jawapan terbaik. Menunjukkan bahawa anda telah merancang objektif kareer anda. Pada masa yang sama, ia menggambarkan keinginan anda untuk berkembang dan menyumbang dalam kareer.
C "I have been passed over for promotions when I know I am capable of doing more. I want to move on to a company that will not stunt my growth."
...salah: Berbunyi seperti anda tidak berpuas hati dengan majikan sekarang. Cuba jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga. Elakkan jawapan - jawapan berbunyi negatif yang menjatuhkan imej anda di mata penemuduga. Soalan 5: What are you looking for in a position?
A "I'm looking for an opportunity to apply my skills and contribute to the growth of the company while helping create some advancement opportunities for myself."
...jawapan terbaik . Jawapan ini menunjukkan individu yang pandangan yang jauh, kesungguhan untuk berjaya dan kehendak untuk berkerja dengan organisasi yang baik.
B "I'm looking for an organization that will appreciate my contributions and reward my efforts."
...salah: Jawapan yang berat sebelah. Penemuduga mungkin mengganggap anda suka berkira dengan setiap tugasan yang diberikan. Oleh itu, pastikan jawapan anda adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat.
C "I'm looking for a position that will allow me to make enough money to support my lifestyle. I am a hard worker and will give a concerted effort to earn the money I need."
...salah: Adalah tidak salah untuk meletakkan duit sebagai 'motivating factor', tapi maklumat ini lebih baik disimpan dengan diri anda. Kebanyakan penemuduga mencari calon yang sanggup bekerja keras dan menyiapkan tugasan. Fokus kepada faktor kewangan mungkin tidak berapa digemari oleh bakal majikan. Soalan 6: What do you know about our organization?
A "I've done a little homework and here is what I know about your organization...(give any example)"
...tidak tepat: Membuat sedikit 'homework' adalah bagus. Tetapi pendekatan ini terlalu umum dan kadangkala nampak seperti anda mereka - reka. Jawapan yang spesifik lebih digalakkan.
B "Everything I've seen and heard makes me want to be a part of this organization. I understand your industry is ________ and your primary customer is __________. A particularly exciting part of your business appears to be _________ ."
...jawapan terbaik. Walaupun jawapan yang sebegini memerlukan persediaan yang mendalam, pengetahuan yang sebegini adalah penting untuk mendapatkan first impression yang baik dan meyakinkan bakal majikan bahawa anda benar - benar berminat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.
C "I know enough to know this is an exciting place to work. It appears to be fit for my career goals."
...salah: Ini adalah jawapan yang akan diberi oleh calon yang langsung tidak bersedia.
Ingat! Kajian latarbelakang syarikat (background check) adalah salah satu senjata yang akan membantu anda dalam proses temuduga. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan temuduga tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Dengan adanya internet, proses ini menjadi lebih mudah. Soalan 7: What are your short term objectives?
A "Short term, I just want a job."
...salah: Menunjukkan anda dalam keadaan terdesak.
B "Bills are beginning to pile up. In the short run I need to find work so I can keep up with my obligations."
...salah: Mungkin anda berkata benar - tetapi tiada majikan yang mahukan pekerja yang matlamatnya adalah gaji semata - mata. Jawapan ini menggambarkan hubungan satu hala dengan majikan dan tiada rancangan untuk bersama dengan syarikat tersebut untuk jangka masa panjang.
C "Short-term, I'd like to find a position that is a good fit and where I can contribute to a company's bottom line. The position we are here to discuss today would appear to be such an opportunity. Could you tell me more about it?"
...jawapan terbaik. Jawapan yang dua hala, menyatakan apa yang anda boleh sumbangkan dan apa yang diinginkan dari syarikat. SETERUSNYA, memfokuskan semula perbincangan kepada jawatan yang ditawarkan. Soalan 8: What are your long term objectives?
A "I would think over long term I would be preparing myself to do your job."
...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi ada kalanya membuatkan penemuduga rasa tergugat.
B "If selected I would hope to meet my goals and take advantage of opportunities to learn so I will be considered for other positions within the company. I hope to build my career with a company such as this one."
...jawapan terbaik. Jawapan ini menunjukkan bahawa anda akan rajin berusaha untuk peningkatan diri. Menekankan keinginan untuk maju bersama - sama dengan syarikat juga mengggambarkan kesetiaan anda.
C "Long term, I hope to start my own business."
...salah: Jawapan ini mungkin benar - tetapi mungkin menampakkan anda sebagai bakal pesaing! Ada ke syarikat yang nak melatih pesaing mereka sendiri? Soalan 9: Where do you see yourself in five years?
A "In five years I will have either been promoted to your job or have started my own business."
...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi agak agresif dan menggugat.
B "Due to recession, it is a very volatile market. I find it difficult to project out five years."
...salah: Walaupun dalam kegawatan ekonomi, penemuduga ingin melihat calon yang mempunyai pendekatan yang positif kepada jawatan yang dipohon.
C "That really depends on the firm I join. I would like to take a position with some responsibility and room for growth. The key is with the right challenge I intend to continually contribute and grow with the firm."
...jawapan terbaik. Jawapan yang menekankan kepada keinginan calon untuk bekerja keras dan menyumbang tanpa menggugat sesiapa.
Soalan 10: Pada peringkat awal temuduga, anda ditanya solan berikut: before we go any further, what kind of money do you need to make?
A "I was making 2K at my last job and I feel I am worth at least 40% more."
...salah: Ramai majikan yang menggunakan faktor duit sebagai pemutus apabila terpaksa memilih salah seorang daripada calon yang disenarai pendekkan. Anda mesti memahami kehendak jawatan dan gaji yang boleh ditawarkan untuk jawatan tersebut sebelum menyatakan gaji yang anda ingini. Walaupun soalan ini ditanya di awal sesi temuduga, ubah haluan supaya penemuduga dapat mengenali anda dan kepakaran anda terlebih dahulu.
Soalan gaji itu sendiri adalah kritikal, sama seperti soalan - soalan temuduga yang lain. Rundingkan dengan cara dan masa yang sepatutnya.
B "My salary requirements are negotiable. Your firm has a reputation of compensating employees fairly and I trust you would do the same in my case. Before we discuss salary, may I ask you some questions about the position? As I understand, the most important aspects of this job are...
...jawapan terbaik. Merundingkan gaji sebelum perkara lain dalam temuduga bukanlah langkah yang bijak. Anda akan mempunyai 'bargaining power' yang lebih tinggi sekiranya anda dapat menawan hati penemuduga sebelum soalan ini dijawab.
Jawapan ini mungkin panjang tetapi sangat efektif kerana ia tidak menyangkal akan kepentingan gaji kepada anda, tapi pada masa yang sama, mengubah haluan temuduga kepada jawatan yang ditawarkan terlebih dahulu. Cuba lihat artikel Tips Rundingan Gaji.
C "Money is not very important to me. I need to be able to pay the bills but the work environment is far more important to me."
...salah. Apabila anda menyatakan bahawa anda tidak mementingkan gaji, secara automatik 'bargaining power' anda menjadi lemah (walaupun anda ditawarkan jawatan tersebut). Ia juga menggambarkan anda tidak menghargai kerja dan keupayaan anda sendiri.
Soalan 11: What are your strengths?
A "I am good at giving constructive criticism to my coworkers. This honesty is something I'm very proud of and have found essential to having open working relationships."
...tidak tepat: Walaupun jawapan ini mungkin benar, ia juga menggambarkan anda sebagai seorang yang suka mengkritik. Adalah lebih baik sekiranya anda menyatakan (dengan contoh) bahawa anda mudah bekerjasama dengan pekerja lain.
B "I consider myself to be very consistent.
...tidak tepat: Jawapan ini masih dikira ok tetapi ia nampak umum dan tidak unik. Konsisten dalam kerja adalah baik, tetapi jawapan ini belum cukup meyakinkan.
C "I have a determination and ability to get things done. At the same time, I have strong analytical abilities and problem solving skills. These skills combine to give me a unique ability to solve problems and then implement productive solutions."
...jawapan terbaik. menunjukkan bahawa anda yakin dengan kemampuan sendiri. Anda bukan sahaja mengetengahkan kemahiran yang anda ada, malah bagaimana ia bermanfaat kepada majikan.
Soalan 12: What do subordinates think of you?
A "They obey me as a leader. The people who have worked for me learned great deal under my direction and accomplished in many cases more than they thought possible."
...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini. Kedengaran seperti anda seorang yang sangat tegas dan kuku besi.
B "My employees would tell you they got direction when they needed and the room to work when it was appropriate".
...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini. Walaupun jawapan ini benar, nampak seperti anda tidak berapa tegas.
C "They perceive me as someone who cared about them personally and had high expectations. Former employees would highlight three of my priorities, which are to build loyalty and a team environment, obtain results and develop people."
...jawapan terbaik. Jawapan yang menggambarkan seorang ketua yang menghargai anak buahnya, pada masa yang sama sangat fokus kepada produktiviti. Ini adalah stail pengurusan yang diterima pakai secara meluas.
Sudahkah anda mencuba Kuiz Resume ? AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga
