Cari Kerja
  Pengenalan Resume

  Contoh Resume

  Format Resume

  Word Power

  Kuiz Resume

  Tips Temuduga

  Soalan Temuduga

  Lepasan Ijazah

  Pengalaman   Temuduga

  Kuiz Temuduga

  Ebook Temuduga

  Khidmat Pakar

  Bayaran

  Roselin

  Hubungi AKI

  Artikel

  Relaks jap...

  Kasut oh kasut!

 Lihat mengapa kasut
  sukan
dipilih untuk   menghiasi website   AKI

      cari kerja graphic




Jutawan Internet

 

Maaf sekiranya saya off-topic sikit di laman ini. Saya rasa saya perlu berkongsi pendapat saya berkaitan tajuk jutawan internet memandangkan ia secara tidak langsung berkait dengan alam rezeki dan kerjaya.

Sejak kebelakangan ini, internet dipenuhi dengan pelbagai website yang menjanjkan pendapatan lumayan secara mudah. Begitu ramai orang kita yang taksub dan termakan dengan janji - janji palsu tersebut.

'Pancingan' yang biasa digunakan: dapat duit goyang kaki, duit masuk dalam masa 10 minit, jutawan internet, duit masuk walaupun sedang tidur, buat duit dari rumah dan sebagainya. Ditambah pula dengan skrin shot akaun bank dan testimoni yang kononnya bukti kepada kesahihan pendapatan mereka. Orang kita pulak, punya la senang terpedaya dengan angan - angan untuk menjadi kaya dengan cepat. Patut pun kena tipu, padan muka!

Bayar zakat punyalah berat, but willing to support these kind of nonsense.

But to look on the bright side, bukan semuanya menipu. Ramai juga warga Malaysia yang sudah berjaya di persada internet. Kita juga telah melahirkan beberapa jutawan dan bakal jutawan internet. Nama - nama seperti Irfan Khairi, Patric Chan, Gobala Krishnan, Azizi Ali, Zamri Nanyan, Syuth, Saifulsham, Rohaizad (dan ramai yang lain) tidak asing lagi kepada kita. Guru - guru internet tersebut tidak pernah menipu untuk mencapai kedudukan mereka sekarang.

  1. Mereka berjaya kerana menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari dengan baik.
  2. Mereka berjaya kerana menjalankan perniagaan di internet.
  3. Mereka berjaya kerana mengkomersilkan pengalaman atau skil mereka menerusi e-book atau seminar.

Tidak pernah mereka menggunakan taktik kotor seperti kebanyakan website sampah yang ada sekarang.

Tapi saya tak salahkan bulat - bulat website sebegitu. Mana perginya akal orang kita? Takkan mereka tak boleh berfikir secara rasional? Daripada membayar untuk sesuatu yang tidak pasti, apa kata kita menambah ilmu di dada dahulu? Belajar dari senior - senior internet. Gunakan strategi mereka.

Anda boleh cuba mengkomersilkan hobi anda. Atau anda boleh buat duit dengan menggunakan kepakaran hasil dari pengalaman kerjaya. Lagipun, kalau bekerja di bawah orang lain dahulu, barulah anda akan menghargai pengalaman bekerja sendiri di kemudian hari, setuju tak? Anda juga boleh menjalankan perniagaan secara halal di internet. Semua ini anda boleh buat secara part time dahulu sehingga benar - benar menampakkan hasil. Selepas itu, terpulang pada anda untuk mengemudikan hidup sendiri.

Dipendekkan cerita, terlalu banyak cara yang memungkinkan anda buat duit secara halal menerusi internet. Buatlah pilihan yang bijak. Anda mungkin bakal jutawan internet yang seterusnya.

Ingat! Gunakan akal anda. Pada pendapat saya, selagi ada orang yang boleh ditipu, selagi itulah akan ada penipu. Fikir-fikirkan.

 

Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk 'Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!' oleh saudara Suhaimiyaka Syuth. Beliau telah mengupas topik ini dengan begitu baik sekali. Saya syorkan anda turut membacanya.

jutawan internet 1

 

 

AKI © Copyright 2009 - 2010 Panduan Kerjaya Anda

Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

 

jutawan internet 2