|
1. Banyakkan membaca dan peka dengan isu semasa.
2. Dapatkan contoh - contoh soalan temuduga yang popular dan buat simulasi temuduga sesama rakan sebagai latihan.
3. Pastikan sebutan dan intonasi anda jelas. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menyebut sesuatu perkataan Inggeris, cuba cara berikut:
· Pergi ke http://www.howjsay.com
· Taipkan perkataan dalam ruang kosong, misalnya: mischievous
· Tekan butang Submit
· Letakkan cursor di atas perkataan mischievous yang berwarna pink
· Sebutan yang betul untuk perkataan tersebut akan diperdengarkan.
|
Anda juga boleh menggunakan website yang berikut:
http://www.dictionary.reference.com
http://www.thefreedictionary.com
http://www.merriam-webster.com/dictionary
Taipkan perkataan dalam ruangan search dan klik pada ikon untuk mendengar sebutannya. |
4. Dapatkan pandangan atau tips dari rakan-rakan (jika ada) yang pernah menghadiri temuduga. Lebih baik sekiranya mereka pernah menghadiri temuduga di tempat yang sama.
5. Buat carian tentang syarikat yang berkaitan. Dapatkan penerangan lanjut di bab seterusnya.
|