Tips Rundingan Gaji
Semasa temuduga, soalan tentang gaji mungkin bermula seperti berikut:
-
"What salary are you hoping for?
-
"What would you consider fair compensation for this position / for someone with your experience/background?"
-
"How much are you looking for?"
-
"What would it take to bring you on board?"
-
"What were you making in your last position?
-
"What is your current salary?"
Memandangkan lingkungan gaji yang boleh diterima oleh syarikat adalah kritikal semasa merundingkan gaji, adalah penting untuk anda mendapatkan maklumat ini seawal yang boleh. Untuk empat soalan pertama di atas, anda boleh menyoal semula penemuduga, "Can you tell me what has been budgeted for this position?" Ayat lain yang boleh anda gunakan untuk soalan yang sama, "Can you tell me what the salary range would be for someone of my skills and background with ABC Company?"
Untuk memudahkan proses rundingan, berikan lingkungan gaji yang anda ingini, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini dalam Asas Rundingan Gaji (sila baca artikel tersebut dahulu jika anda belum berbuat demikian). Jangan nyatakan gaji yang spesifik. Oh ya! Lingkungan gaji yang diingini mestilah disokong dengan menyatakan 1) kelayakan anda untuk jawatan tersebut, dan 2) fleksibiliti anda terhadap gaji.
Contohnya, "If I understand the needs and requirements of the position, and I believe that I do, I expect that my level of experience can get a starting range of RM2500 to RM3500. This is, of course, negotiable."
Atau "Naturally, I want to make as much as my skills and background will allow, which I believe is between RM2500 to RM3500 starting range. At the same time, I truly want to work for ABC Company, and, therefore, I want to offer some flexibility in this negotiation."
Apabila anda telah menyatakan amaun yang anda ingini, biasanya penemuduga lebih berterus terang dengan apa yang boleh mereka tawarkan.
Tetapi, jika penemuduga menyatakan, "I'm afraid you're overqualified for this position" (selepas anda menyatakan gaji yang anda ingini), atau "That's above what we were hoping to pay for this position" atau "That's outside of what we can offer you at this time" atau kenyataan lain yang sewaktu dengannya - jangan berhentikan rundingan gaji anda di situ.
Anda masih ada peluang. Kenyataan seperti "I'm still very interested in working for ABC Company. What did you have in mind?" atau "Well, what has your company budgeted for this position? Because ABC Company is a company I truly want to work for" masih boleh membantu anda untuk mendapatkan gaji yang dingini. Sekiranya permintaan tersebut ditolak dengan alasan yang sama, tabahkan hati je la yek? Jawatan tersebut mungkin bukan untuk anda.
Tetapi jika penemuduga bersetuju, anda mungkin ditanya, "What would be the minimum salary you would be willing to accept?" Sekiranya penemuduga masih tidak memberikan angka yang telah ditentukan oleh syarikat, anda boleh bertanya kembali "Can you tell me what has been budgeted for this position?" Berpandukan angka yang diberitahu mereka, pertimbangkan betapa pentingnya jawatan ini kepada anda, berapakah nilai gaji yang boleh anda terima, dan aspek kewangan anda. Berbaloi tau tidak gaji yang ditawarkan? Buat keputusan yang bijak. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, gaji yang anda putuskan sekarang akan mempengaruhi hidup anda untuk beberapa tahun yang akan datang.

Soalan tentang current salary atau gaji sekarang adalah lebih sukar untuk ditangani. Sekiranya gaji anda sekarang adalah jauh lebih rendah dari nilai semasa, ia boleh menjejaskan kredibiliti anda untuk expected salary yang diingini. Walau bagaimanapun, ini adalah salah satu sebab yang boleh anda gunakan untuk mencari peluang kerja yang baru.
Ingat!
Jangan membuat sebarang kenyataan negatif mengenai bekas majikan, syarikat, rakan sekerja, jabatan lain atau polisi syarikat semasa temuduga. |
Sebaliknya, nyatakan: "One of the reasons why I'm seeking new employment is to gain the opportunity to be fairly compensated for my skills and level of experience. My previous position paid RM1000 less than the current market, not because my skills or achievements were lacking, but because that was as much as the previous company could bear."
Apabila memutuskan soal gaji, pertimbangkan juga kelebihan (benefit) dan nilai kewangannya seperti kenaikan gaji (increment), bonus, allowance, syer, insurans, medical card dsbnya.
Maklumat ini bukan sahaja penting semasa menyatakan current salary kepada bakal majikan, tetapi juga semasa anda membuat perbandingan untuk tawaran kerja. Sekiranya syarikat A menawarkan RM3000 sebulan tanpa kelebihan yang lain, manakala syarikat B menawarkan RM2500 beserta perlindungan perubatan perubatan dan allowance, pertimbangkan dengan sebaiknya tawaran mana yang anda patut terima. Lain individu, lain keutamaan. Yang penting, buatlah pilihan yang bijak.
Setelah mendapat tawaran yang anda ingini, pastikan anda mendapat pengesahan bertulis dari syarikat tersebut, seperti letter of offer. Setelah itu, barulah anda menghulurkan surat letak jawatan kepada syarikat sekarang.
Dan jangan lupa, hubungi semula semua yang telah membantu anda dalam proses cari kerja seperti rakan sekerja atau rujukan. Ucapkan terima kasih kepada mereka. Mengapa? 1) anda mungkin memerlukan bantuan mereka lagi pada masa hadapan, dan 2) jangan jadi seperti kacang lupakan kulit!
.
...Kembali
AKI © Copyright 2009 - 2010
Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

|